Hari ini masih kurang sihat tetapi tidak lagi demam. Semalam (sabtu) ai hanya menghabiskan waktu seharian di rumah. Menghadap komputer menghabiskan kerja-kerja part time yang masih belum sudah. K menyapa di talian. Sambil buat kerja chatting. Dari pkl 3 lebih hingga pukul 7. Gila kan, more than 3 hrs. Then N dari Aussie menyapa. Seronok chatting dengan dia sebab agak lama tak berchatting. Cerita tentang senario politik tanah air. Macam-macamla. lepas 1 jam, ai terpaksa beredar untuk makan. K ngah nak makan sushi, so bawak g Giant SA. Nasib baik ade. Ai demam tapi boleh lak makan sushi...Huhuhu...Mr H tak boleh tahan tgk sushi. Kakak, abang dan adik langsung tak boleh so diorang pilih makanan lain...So lain kali kalau ai dengan k ngah g Sushi King, semua tak boleh ikut, ok...
Saturday, 12 May 2012
Selamat Hari Ibu
Selamat hari ibu untuk semua yang belum, pernah dan sedang menjadi ibu...Pengorbanan kita sentiasa tiada kesudahannya...
I miss my late mom...Al-Fatihah...
I miss my late mom...Al-Fatihah...
Thursday, 10 May 2012
Demam dan mc
Demam, batuk dan flu menjadi-jadi. Ditambah dengan sakit kepala yg macam nak pecah ni. adoyai. Dah lama tak sakit mcm ni. ingat tak nak amik mc tapi memang tak laratlah. ai tak mkn dari malam tadi. Mr H called mlm tadi tanya biasa-biasa aje. ai tidur awal dengan umai tapi pkl 11 terjaga sebab lang gigit kaki ai minta mkn. Lang mmg mcm tu la. suka sgt gigit kaki kalau dia lapar ke nak kencing ke. hanya ai je yang tahu dia nak ape sebenarnya. pkl 12 k telefon. tanya ai ok ke tak. dah kata demam, mestilah tak ok. kita try to be online tapi asyik disconnect aje. then malas, kita bergayut tru phone lama gak la. dari pkl 12.50 to 2.40. nearly 2 jam kan. tapi im happy....
Wednesday, 9 May 2012
Gaduh dan tidak sihat
Kelmarin H balik rumah. umairah sukala kan. ai biasa aje. then semalam H balik Ipoh.Dr semalam dah start not feeling well. asyik clear my throat lepas tu cough a little bit. so bila online dengan K, bagitau dia, dia ckp sapa suruh makan nasi. mungkin nasi penyebabnya. duh! mengong betul la dia. lepas tu masa online fb, dgr dia bercakap kat phone dgn sapa tah, berbaby bagai. ai sudah angin bagai, terus jadi cam ni. mak ai green eyed monster. gaduh gak la, tapi last ai malas nak layan, sukatila kalau K nak ada gf lain ke ape ke. none of my business sebenarnya. kadang-kadang ai suka mengusik dia, bagi feeling-feeling gaduh... tak kuasa nak layan sbb dia kata tak de ape-ape, ai tidur lagi sedap...
up to you dear....
up to you dear....
Saturday, 5 May 2012
Saturday...
Hari ni Sabtu, tapi duduk di rumah saja menghabiskan masa melayan fb. Umairah sibuk dengan Bella, anak patungnya, abang layan PS2. Mr H tidur saja. So, I layan FB, chat dengan Kelvin sekejab. Dia nak pergi tengok wayang tapi bila ai cakap apartment dia kena raid dengan polis 2 hari lepas sebab kes orang bangla culik orang senegaranya sendiri, terus dia tak jadi pergi. Hahaha takut gak rupanya dia. Tula...nak sangat jalan sorang-sorang tak ade pasport kan...Lain kali, make sure nak jalan kena ada IC atau pasport ok...
Thursday, 3 May 2012
sandle baharu
Sakit tumit la balik bila berat badan bertambah. Malas tul la nak layan berat badan ni. Kena detoks balik minggu depan jawabnya. so, ai kena beli sandle baharu bila sandle lama ai kena gigit dek anjing. Isnin lepas, ai pun pergi giant shah alam untuk belu sandle baharu di kedai scholl. Itu aje lah brand yg akak mampu pakai selama ari ni. Harganya, RM138 aje. hehe marah Umairah sebab kalau akak sebut mesti ada aje walaupun mahal cam. Memperkenalkan mrs scholl....
Gajet Baru 2012
Tahun ni ai dah beli 2 gajet baru:
1. Samsung Galaxy Tab 7 plus
2. Blackberry Curve 4
Sebabnya? Ai kan giler gajet. Mac Book dah ada beli gak Galaxy Tab lagi. Sebenarnya bukan apa, sangat memudahkan ada Tab untuk access internet merata tempat. Kalau Mac Book kena bawak broadband merata la kan. Tapi kalau untuk kerja, lagi bagus ada laptop la.
Blackberry Curve 4 pulak sebab ai nye bold 3 dah rosak. Huhu setelah 2 tahun, rosakla ia walaupun sebelum tu dah beli keypad baharu. Rasanya 2 minggu lepas ai beli. Lupa lak ai. Tengokla berapa lama tahannye tu.
1. Samsung Galaxy Tab 7 plus
2. Blackberry Curve 4
Sebabnya? Ai kan giler gajet. Mac Book dah ada beli gak Galaxy Tab lagi. Sebenarnya bukan apa, sangat memudahkan ada Tab untuk access internet merata tempat. Kalau Mac Book kena bawak broadband merata la kan. Tapi kalau untuk kerja, lagi bagus ada laptop la.
Blackberry Curve 4 pulak sebab ai nye bold 3 dah rosak. Huhu setelah 2 tahun, rosakla ia walaupun sebelum tu dah beli keypad baharu. Rasanya 2 minggu lepas ai beli. Lupa lak ai. Tengokla berapa lama tahannye tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)