Ye, demam selesema dah kebah, demam lain pulak yang datang. Kali ni demam yang datang 2 atau 4 tahun sekali. Demam bola. Demam Euro ni tak seteruk demam bola Piala Dunia sebab yang terlibat hanya negara-negara Eropah yang tak berapa besh. Saya sokong 2 pasukan je, Sepanyol dan Itali tapi dua-dua dalam grup yang sama. Emmmmm nak buat camana kan. Malam tadi pukul 12, Itali lawan Sepanyol, ai predict 2-0, last-last 1-1... 2 jugak kan. Itali main lain sikit kali ni. Nampak dah sama cam Spain, tak main bertahan sangat. Sepanyol main macam Barcelona main, Tiki Kaka, sebab kebanyakan pemain adalah daripada Barcelona, cam Inesta, Xavi, Febregas, Pique dan juga pemain Real Madrid cam Xabi, Iker...Itali tak banyak star la kecuali pemain bermasalah di Balotelli tu. Kena kad kuning, lepas tu kena panggil keluar minit ke 50+. Emmmmm...berjaya mencuri mata daripada pasukan Sepanyol yang menjadi juara Piala Dunia dan juara bertahan Euro 4 tahun lepas, adalah kejayaan buat Itali yang struggle nak melayakkan diri ke kejohanan ini. Apa-ape pun, good luck untuk kedua-dua pasukan favourite ai ni...Moga berjaya...
Sunday, 10 June 2012
Wednesday, 6 June 2012
Sakit berpanjangan
Emmmmm, entah kenapa kali ini sakit berpanjangan, selesema masih ada sejak tiga minggu yang lalu. Diikuti dengan sakit kepala yang kadang kala muncul dan kadang kala ada. Vertigo pun kadang kala ada juga. Apa-apapun, ai berlapang dada kerana ini semua adalah cubaan daripada Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil dan besar yang ai mungkin telah lakukan tanpa disedari. Menurut dua doktor yang ditemui, sinus ai muncul kembali. Nak tahu kenapa, sebabnya ai tidur dengan belang, si kucing comel yang gemuk itu. Dah bertahun tidur dengan dia, menyebabkan sinus ai kembali mengganas. Huhu, kalau tak tidur dengan dia, kesian pulak kan kucingku yang gemuk itu. Nantilah pk kemudian.
Dalam sakit-sakitpun masih sempat berkunjung ke Cameron Highlands bersama anak-anak sempena cuti sekolah. Umairah tak suka sebab dia ingatkan sama macam Genting Highlands yang ada banyak tempat permainan. Cian anak manja mama. Huhu lain kali kita pergi Genting Highlands lagi ye anak-anak...Mungkin lepas kakak dan k ngah habis periksa PMR. Tungguuuu....
Dalam sakit-sakitpun masih sempat berkunjung ke Cameron Highlands bersama anak-anak sempena cuti sekolah. Umairah tak suka sebab dia ingatkan sama macam Genting Highlands yang ada banyak tempat permainan. Cian anak manja mama. Huhu lain kali kita pergi Genting Highlands lagi ye anak-anak...Mungkin lepas kakak dan k ngah habis periksa PMR. Tungguuuu....
Subscribe to:
Posts (Atom)