Sunday, 10 June 2012

Demam bola kembali

Ye, demam selesema dah kebah, demam lain pulak yang datang.  Kali ni demam yang datang 2 atau 4 tahun sekali.  Demam bola.  Demam Euro ni tak seteruk demam bola Piala Dunia sebab yang terlibat hanya negara-negara Eropah yang tak berapa besh.  Saya sokong 2 pasukan je, Sepanyol dan Itali tapi dua-dua dalam grup yang sama.  Emmmmm nak buat camana kan.  Malam tadi pukul 12, Itali lawan Sepanyol, ai predict 2-0, last-last 1-1... 2 jugak kan.  Itali main lain sikit kali ni.  Nampak dah sama cam Spain, tak main bertahan sangat.  Sepanyol main macam Barcelona main, Tiki Kaka, sebab kebanyakan pemain adalah daripada Barcelona, cam Inesta, Xavi, Febregas, Pique dan juga pemain Real Madrid cam Xabi, Iker...Itali tak banyak star la kecuali pemain bermasalah di Balotelli tu.  Kena kad kuning, lepas tu kena panggil keluar minit ke 50+.  Emmmmm...berjaya mencuri mata daripada pasukan Sepanyol yang menjadi juara Piala Dunia dan juara bertahan Euro 4 tahun lepas, adalah kejayaan buat Itali yang struggle nak melayakkan diri ke kejohanan ini.  Apa-ape pun, good luck untuk kedua-dua pasukan favourite ai ni...Moga berjaya...

Wednesday, 6 June 2012

Sakit berpanjangan

Emmmmm, entah kenapa kali ini sakit berpanjangan, selesema masih ada sejak tiga minggu yang lalu.  Diikuti dengan sakit kepala yang kadang kala muncul dan kadang kala ada.  Vertigo pun kadang kala ada juga.  Apa-apapun, ai berlapang dada kerana ini semua adalah cubaan daripada Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil dan besar yang ai mungkin telah lakukan tanpa disedari.  Menurut dua doktor yang ditemui, sinus ai muncul kembali.  Nak tahu kenapa, sebabnya ai tidur dengan belang, si kucing comel yang gemuk itu.  Dah bertahun tidur dengan dia, menyebabkan sinus ai kembali mengganas.  Huhu, kalau tak tidur dengan dia, kesian pulak kan kucingku yang gemuk itu.  Nantilah pk kemudian.

Dalam sakit-sakitpun masih sempat berkunjung ke Cameron Highlands bersama anak-anak sempena cuti sekolah.  Umairah tak suka sebab dia ingatkan sama macam Genting Highlands yang ada banyak tempat permainan.  Cian anak manja mama.  Huhu lain kali kita pergi Genting Highlands lagi ye anak-anak...Mungkin lepas kakak dan k ngah habis periksa PMR.  Tungguuuu....



Saturday, 12 May 2012

Masih kurang sihat

Hari ini masih kurang sihat tetapi tidak lagi demam.  Semalam (sabtu) ai hanya menghabiskan waktu seharian di rumah.  Menghadap komputer menghabiskan kerja-kerja part time yang masih belum sudah.  K menyapa di talian.  Sambil buat kerja chatting.  Dari pkl 3 lebih hingga pukul 7.  Gila kan, more than 3 hrs.  Then N dari Aussie menyapa.  Seronok chatting dengan dia sebab agak lama tak berchatting.  Cerita tentang senario politik tanah air.  Macam-macamla.  lepas 1 jam, ai terpaksa beredar untuk makan.  K ngah nak makan sushi, so bawak g Giant SA.  Nasib baik ade.  Ai demam tapi boleh lak makan sushi...Huhuhu...Mr H tak boleh tahan tgk sushi.  Kakak, abang dan adik langsung tak boleh so diorang pilih makanan lain...So lain kali kalau ai dengan k ngah g Sushi King, semua tak boleh ikut, ok...

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu untuk semua yang belum, pernah dan sedang menjadi ibu...Pengorbanan kita sentiasa tiada kesudahannya...

I miss my late mom...Al-Fatihah...

Thursday, 10 May 2012

Demam dan mc

Demam, batuk dan flu menjadi-jadi. Ditambah dengan sakit kepala yg macam nak pecah ni.  adoyai. Dah lama tak sakit mcm ni. ingat tak nak amik mc tapi memang tak laratlah. ai tak mkn dari malam tadi. Mr H called mlm tadi tanya biasa-biasa aje. ai tidur awal dengan umai tapi pkl 11 terjaga sebab lang gigit kaki ai minta mkn. Lang mmg mcm tu la. suka sgt gigit kaki kalau dia lapar ke nak kencing ke. hanya ai je yang tahu dia nak ape sebenarnya.  pkl 12 k telefon. tanya ai ok ke tak. dah kata demam, mestilah tak ok. kita try to be online tapi asyik disconnect aje. then malas, kita bergayut tru phone lama gak la. dari pkl 12.50 to 2.40. nearly 2 jam kan.  tapi im happy....

Wednesday, 9 May 2012

Gaduh dan tidak sihat

Kelmarin H balik rumah. umairah sukala kan. ai biasa aje. then semalam H balik Ipoh.Dr semalam dah start not feeling well. asyik clear my throat lepas tu cough a little bit.  so bila online dengan K, bagitau dia, dia ckp sapa suruh makan nasi. mungkin nasi penyebabnya. duh! mengong betul la dia. lepas tu masa online fb, dgr dia bercakap kat phone dgn sapa tah, berbaby bagai. ai sudah angin bagai, terus jadi cam ni.  mak ai green eyed monster. gaduh gak la, tapi last ai malas nak layan, sukatila kalau K nak ada gf lain ke ape ke. none of my business sebenarnya. kadang-kadang ai suka mengusik dia, bagi feeling-feeling gaduh... tak kuasa nak layan sbb dia kata tak de ape-ape, ai tidur lagi sedap...
up to you dear....

Saturday, 5 May 2012

Saturday...

Hari ni Sabtu, tapi duduk di rumah saja menghabiskan masa melayan fb.  Umairah sibuk dengan Bella, anak patungnya, abang layan PS2.  Mr H tidur saja.  So, I layan FB, chat dengan Kelvin sekejab.  Dia nak pergi tengok wayang tapi bila ai cakap apartment dia kena raid dengan polis 2 hari lepas sebab kes orang bangla culik orang senegaranya sendiri, terus dia tak jadi pergi.  Hahaha takut gak rupanya dia.  Tula...nak sangat jalan sorang-sorang tak ade pasport kan...Lain kali, make sure nak jalan kena ada IC atau pasport ok...

Thursday, 3 May 2012

Mid-life crisis

Seriously, i need help. My mid-life crisis getting bad. What should I do?

sandle baharu

Sakit tumit la balik bila berat badan bertambah.  Malas tul la nak layan berat badan ni.  Kena detoks balik minggu depan jawabnya.  so, ai kena beli sandle baharu bila sandle lama ai kena gigit dek anjing. Isnin lepas, ai pun pergi giant shah alam untuk belu sandle baharu di kedai scholl.  Itu aje lah brand yg akak mampu pakai selama ari ni.  Harganya, RM138 aje.  hehe marah Umairah sebab kalau akak sebut mesti ada aje walaupun mahal cam.  Memperkenalkan mrs scholl....


gambar dgn AA



hari tu AA, jejaka paling popular seantero malaya datang buat penggambaran di ofis ai.  gilo nak lepaskan peluang tak nak bergambar dengan dia.  tada. ini gambornye....im in love....sigh!

Gajet Baru 2012

Tahun ni ai dah beli 2 gajet baru:
1. Samsung Galaxy Tab 7 plus
2. Blackberry Curve 4

Sebabnya?  Ai kan giler gajet.  Mac Book dah ada beli gak Galaxy Tab lagi.  Sebenarnya bukan apa, sangat memudahkan ada Tab untuk access internet merata tempat.  Kalau Mac Book kena bawak broadband merata la kan.  Tapi kalau untuk kerja, lagi bagus ada laptop la.

Blackberry Curve 4 pulak sebab ai nye bold 3 dah rosak.  Huhu setelah 2 tahun, rosakla ia walaupun sebelum tu dah beli keypad baharu.  Rasanya 2 minggu lepas ai beli.  Lupa lak ai.  Tengokla berapa lama tahannye tu.

Thursday, 16 February 2012

Places to go in 2012!

1. Adelaide
2. Korea
3. Berlin
4. Old Trafford


Allah pay in cash

Kadang-kadang kita tak sedar, setiap perbuatan kita akan mendapat pembalasan setimpalnya ataupun mungkin lebih daripada itu.  Setiap pertolongan yang diberikan walaupun sedikit sentiasa mendapat balasan yang ada kalanya kita tak sangka langsung.  Saya mengalaminya semalam.  Saya tidak menyangka pertolongan tidak seberapa yang dihulurkan kepada seorang jiran yang dalam kesusahan menyebabkan saya turut menerima pertolongan yang saya kira amat besar maknanya kepada saya.

Dua minggu yang lalu, saya mengikuti sesi pemukiman (retreat) syarikat di Port Dickson.  Saya pergi bersendirian tanpa ditemani oleh seisi keluarga kerana saya pergi untuk kerja dari pagi sampai tengah malam.  Jika saya membawa keluarga, tentunya saya akan berasa stress dan bersalah terhadap anak-anak saya terutama Umairah yang masih kecil dan memerlukan perhatian saya.  Rupa-rupanya tindakan saya itu bersangkutan dengan apa yang berlaku semalam.  Hari ini saya menyedari bahawa setiap tindakan yang saya ambil pasti ada hikmahnya.

Semasa di PD, seorang jiran selang sebuah rumah telah menelefon.  Dia memberitahu yang tayar keretanya pancit dan meminta pertolongan suami saya untuk menggantikan tayar tersebut kerana suaminya tiada di rumah.  Saya beritahu beliau, saya tiada di rumah tetapi suami ada tetapi suami memang tak pandai menukar tayar.  Selalunya kami akan menyuruh mekanik menukarkannya.  Bagaimanapun, saya berkata saya akan meminta suami saya mencarikan mekanik dari workshop yang terletak tidak jauh daripada rumah kami.  Saya terus menelefon suami saya dan meminta suami membawakan mekanik ke rumah jiran kami itu.  Selepas itu saya tidak pasti apa yang terjadi dan saya meneruskan program pejabat.  Malamnya, saya menerima panggilan telefon daripada jiran tadi dan beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana menolongnya.  Saya katakan, pertolongan itu tidak seberapa dan saya pun hanya menolong menelefon suami sahaja.

Tanpa saya duga, semalam, hampir dua minggu selepas peristiwa itu berlaku, kejadian yang sama menimpa saya.  Bezanya, saya menyedari tayar kereta saya pancit semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.  Saya hampir cemas kerana tayar ganti kereta saya juga ditampal, maksudnya ia bukan tayar baharu.  Kawan saya mengaku dia pandai menukar tayar kereta tetapi masih terkial-kial menukarnya.  Entah bagaimana, seorang pemuda yang baru pulang daripada kerja telah memerhatikan saya dan bertanyakan masalah saya.  Beliau dengan senang hati membantu saya dan kawan saya menukar tayar tersebut malangnya selepas ditukar, tepat seperti tekaan saya, tayar ganti saya memang kempis.  Saya bagai nak pitam sebab waktu sudah menjangkau pukul 9.30 dan anak-anak hanya tinggal berdua di rumah.  Saya memberikan upah sebanyak RM20 kepada pemuda tersebut yang pada mulanya menolak duit tersebut tetapi saya menegaskan yang itu saya beri kerana keikhlasan beliau membantu saya.  Akhirnya beliau menerimanya.

Kemudian melihat tayar gantian saya juga kempis, pemuda itu membuka semula tayar itu dan membawanya ke stesen minyak berhampiran untuk mengisi anginnya semula.  Agak lama saya menunggu, dan akhirnya hampir pukul 10, beliau kelihatan membawa tayar yang sudah boleh digunakan.  Akhirnya dengan pertolongan pemuda itu, tayar saya berjaya diganti dan saya sampai ke pangkuan anak-anak dengan selamat.

Alhamdullilah, pertolongan sekecil zarah yang saya hulurkan tanpa sebarang niat mendapat balasan telah dibalas oleh Allah dengan pertolongan yang sangat besar pada saya.  Saya memikirkan apa yang akan jadi sekiranya pemuda itu tidak menolong saya dan saya bersendirian di keheningan malam Jumaat tadi di lebuh raya?  Maha Besar Allah...Aku sebagai hamba yang lemah mengucapkan syukur di atas pertolonganmu.  Subhanallah...Alhamdullilah ya Allah...